Apa rasanya bila burung di potong menggunakan gunting pokok bunga?? | Blog Komik oleh @thesharkox

Saturday, November 27, 2010

Apa rasanya bila burung di potong menggunakan gunting pokok bunga??


Hoihoi
Haha..bila baca entry bro etomyam  dan Hamzah pasal bersunat, aku teringat masa zaman aku kena potong dulu. Aku potong masa darjah 4 ke darjah 5 entah. Aku lupa. Parent aku dah setting kawtim dengan tok aku masa tu untuk kasi potong aku dengan adik aku punya burung serentak. Masa nak tau nak kena potong tu, aku kata "Ah sudah. Mamposs aku. Saat yang paling digeruni oleh kanak-kanak lelaki ketika itu sudah muncul. 

Lepas tu mulalah kawan-kawan aku yang dah bersunat masa tu membuat psiko. Yang tipikal akan cakap "sakit macam kena gigit semut je". Sampai sekarang orang percaya mitos sakit macam semut tu. Lepas tu  ada yang kata jarum dia besar lengan, gunting dia macam gunting potong pokok bunga yang besar tu, ada kata doktor silap potong, terpotong semua terus takde burung budak tu. Ah, babis betul siapa yang cakap terpotong habis semua tu. Macam gampang!

Aku potong kat hospital masa. Secara moden. Tak menggunakan batang pisang. Takde majlis mandi ramai-ramai dalam sungai macam budak-budak zaman dulu atau kena sembur dengan air dari hos bomba seperti budak-budak zaman sekarang. Cuma mandi kat dalam bilik air sorang-sorang ajer. Sebelum mandi tu mak aku pesan, "sabun bagi wangi sikit burung tu".. Ahaksss!!

Masa proses pemotongan tu, memang serius, TAK SAKIT.Betul. Aku tak tipu. Tak rasa apa-apa. Aku ingat lagi, bila tengok rupa burung lepas potong, aku cakap dalam hati "kalau macam ni boleh le sunat sekali lagi pun takpe, bukan sakit pun". So mitos sakit macam kena gigit semut tu terlupus dalam minda aku ketika itu. 

Lepas 2 jam kat rumah, barulah rasa kesakitan itu muncul. Itulah yang digelarkan "Kesakitan Bila Bius Dah Habis". Ya...kesakitan yang teramat sangat bila bius dah habis. Berdenyut-denyut burung aku. Gila babis punya sakit macam gampang!! Patutlah time kena potong tu tak sakit pasal dah kena cuck bius. Bila bius dah habis, rasakan. Ahh...ngilu rasanya kalau di ingat kembali tragedi itu...







Harharahar
Selamat bersunat semua

p/s: Banyaklah korang punya sakit macam semut 

33 comments:

Bro Framestone said... [Reply to comment]

lagi best bila dorang cakap.. xsunat mana boleh kahwin

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

rossoneri said... [Reply to comment]

hehe teringat abg2ku ketika sunat, masing2 pegang kain pelekat..mwahaha

Azmi said... [Reply to comment]

hhaaa itulah alkisah dulu2 mcm2 mitos kita dgr..

zikeryhassan said... [Reply to comment]

time sunat tu jadi mcm raja jap. nak apa sebut je comfirm dtg. huhu

KimiCnoL said... [Reply to comment]

time sunat dapat duit banyak..haha
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Blogger Kene Rajin Menulis??"

etomyam said... [Reply to comment]

rasanya masih ingat lagi kesakitan macam digigit semut tu semasa mula2 jarum dicucukkan hahaha

The Sharkox said... [Reply to comment]

@zikeryhassan: Haha..betoi2...mintak ajer apa yang nak

The Sharkox said... [Reply to comment]

@KimiCnoL: Betul2...aku dulu dapat beli beskal sebijik!

The Sharkox said... [Reply to comment]

@etomyam: Ngilu bro..ngilu

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Bro Framestone:Hoho..bro framestone singgah

The Sharkox said... [Reply to comment]

@rossoneri: eh???

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Azmi: taktau la budak sekarang percaya tak mitos tu

gabanMorka said... [Reply to comment]

memang ase sakit macam kene gigit semut, tapi semut tu semut raksasa la

The Sharkox said... [Reply to comment]

@gabanMorka: Semut saiz ketam!!

Anarm said... [Reply to comment]

giler ahh.. nostalgic.. time aku dulu lagi la kene sakat ngan member2 abg aku, ckp potong pkai kapak la, gergaji la.. takleh blah..

sakit time mula2 cucuk dgn time bius abis je.. meleleh air mata.. time potong x rasa pape..

time aku potong dulu nurse lawa ade seblah.. ko bayang la cmne.. kene plak time tu baru pndai tegang2.. hahahaha..

wannurfazrini said... [Reply to comment]

aku sunatkan mahu ? hahaha

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Anarm: haha..ko ngan bro framestone sama je perangai!! haha..

@Fadz: Hai fadz..i tau u suka dengan burung2 ni..tapi i takmau la kalau u yang sunatkan..mau hilang terus..haha

KABAKOGA said... [Reply to comment]

"Ah, babis betul siapa yang cakap terpotong habis semua tu. Macam gampang!"

haha,,
time ni aku cuak giler..
nape la aku leh terpercaya..,

da[Y]un said... [Reply to comment]

huhu..at least ko ada kenangan kan? kalo yg pompuan ni mana ingat time kena sunat mcm mana kan?? ke ada yg ingat?? hahaha

Heidi Shafiq said... [Reply to comment]

confirm batal sunat klu bdk2 bc entry ko ni.. hahaha..

Hellioz said... [Reply to comment]

ni ape soalan membunuh...
haha~

faizzach said... [Reply to comment]

mst la rasa syok... hati berbunga2... huahuahua

The Sharkox said... [Reply to comment]

@KABAKOGA: Pasal ko tak sunat lagi masa tu, tu yang terpedaya..haha

@Dayun: Takpa, korang ada pengalaman beranak nnti..hehe

@Heidi: Hahaha...biarkan mereka

syaleyana shukri said... [Reply to comment]

hahaha...pecah perut baca entry ni..adik laki aku sampai pucat muka aih sebab nak kene sunat..lepas dah kene terus lembik..jalan pon kene pimpin kot.hahaha

noorafzan said... [Reply to comment]

huhu..nasib baik ku pompuan..
lalala~

JRY said... [Reply to comment]

haha kesian kat kita bro,budak2 zaman skrg rata bsunat guna laser. panas je. xda rasa skit mcm kena gigit smut:P

Zikri Husaini said... [Reply to comment]

perrr nostalgia... orang dulu lagi power dia punya cabaran... tak pakai bius./laser lagi tuh... beralaskan batang pisang..

The Sharkox said... [Reply to comment]

@syaleyana shukri: Ala...kesiannya adik tu..

@Afzan: Nasib baik ye...

@JRY: Tak best budak2 zaman skrg.

@Zikri: Beralaskan batang pisang memang legend

Afzainizam said... [Reply to comment]

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

potong.... potong gak jangaN SAMPAI HABIS DAHHH LAHHHH...
sakit mmg sakit tapi nak masuk alam orang dewasa kena gak potong ni

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Afzainizam:HAHAHAHAa..saiko

Eman said... [Reply to comment]

AHAHA, betol betol. susa nk turunkan bilaa daa naik.
phewwwww..
=.="

The Sharkox said... [Reply to comment]

@Eman: Betul tu..haha

Mohd Shahrul Hafizi said... [Reply to comment]

Hahaha. Bengong betul ko ni. Segan aku dgn reader perempuan. Hahaha. Tapi memang seksa la jugak beberapa minggu tu. Ke hulu ke hilir dengan kain pelikat.